Antarabangsa

Israel Keluarkan Ribuan Tentera Zionis Dari Semenanjung Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 02 Januari 2024 – Rejim Zionis Israel mengumumkan sedang mengeluarkan ribuan tenteranya dari Semenanjung Gaza semalam.

Menurut laporan antarabangsa, kenyataan tentera Zionis menyebut, lima briged atau beberapa ribu tentera sedang dibawa keluar dari Gaza dalam beberapa minggu akan datang untuk latihan dan berehat.

Tindakan ini berlaku selepas pentadbiran Joe Biden meluluskan penjualan senjata kepada rejim Israel, malah ia dilihat sebagai keputusan paling ketara sejak perang bermula bagi mengurangkan intensiti perang.

Bagaimanapun, pertempuran sengit terus berlaku di kawasan lain di Gaza, terutamanya sekitar selatan bandar Khan Younis dan kawasan tengah wilayah itu.

Sementara itu, laporan lain mendedahkan, tindakan penarikan balik tentera adalah disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda negara haram susulan peningkatan aktiviti ketenteraan di Gaza.

“Langkah ini dijangka dapat meringankan beban ekonomi dengan ketara dan membolehkan mereka mengumpul kekuatan untuk aktiviti akan datang pada tahun yang baharu.”

Setakat ini, serangan Israel terhadap Gaza telah menyebabkan kira-kira 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal, manakala hampir 22,000 rakyat Palestin mati dibunuh termasuk 70 peratus daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: