Tempatan

Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2023 – NGO, Galen Centre mencadangkan agar Kerajaan memansuhkan caj rawatan RM1 dan RM5 di fasiliti-fasiliti kesihatan milik Kerajaan.

“Abolish RM1 & RM5 fees. Patients pay nothing at registration,” kata Galen Centre dalam Twitter mereka.

Ini merupakan antara salah satu cadangan Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial semasa sesi perbincangan bersama Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan untuk Bajet 2023 baru-baru ini.

BACA JUGA: Selsema Babi: Kerajaan Mesti Benarkan Babi Rentas Negeri

BACA JUGA: Kg Lembah Permai Kundasang Disahkan Kawasan Potensi Bencana Tanah Runtuh

BACA JUGA: 150 Ribu Biji Telur Setiap Minggu Disediakan Untuk Ramadan

“CEO kami @azrulmohdkhalib dan Pegawai Penyelidik Gurkiret Kaur menyertai sesi perbincangan #Bajet2023 pagi ini yang memfokuskan mengenai isu kesihatan bersama Timbalan Menteri Kewangan @ahmadmaslan.”

Selain penghapusan caj di kaunter pendaftaran, pusat itu turut mencadangkan agar Kerajaan mewujudkan ‘Sukuk Kesihatan’ untuk mengumpul dana bagi pembangunan infra, menawarkan insentif cukai untuk penggunaan kontraseptif sehingga RM1k /tahun, peruntukkan 5% daripada hasil daripada duti eksais tembakau dan alkohol untuk menyediakan anggaran RM290 juta setahun untuk dana rawatan kanser lanjutan, meningkatkan peruntukan kepada RM 38 bilion untuk menangani isu pengekalan kakitangan yang kronik dan menyediakan rebat cukai kepada syarikat yang menggalakkan kakitangan mereka diberi vaksin terhadap penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin.

Bajet 2023 dijadual dibentangkan pada 24 Februari depan. Ia akan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pada 20 Disember lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: