Tempatan

Ramai Penjawat Awam Tiada Rumah Sendiri, Perlu Naik Gaji Lagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 26 September 2022 – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat memaklumkan bahawa kira-kira 50 peratus daripada 1.62 juta penjawat awam di Malaysia masih belum mampu memiliki rumah sendiri ekoran gaji minimum sektor itu tidak relevan ketika ini.

Menurut Datuk Adnan Mat, unjuran gaji di Malaysia menyebabkan penjawat awam tidak layak untuk membeli rumah terutamanya di bandar-bandar besar.

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai gaji minimum penjawat awam, beliau berkata gaji minimum ketika ini bagi lantikan pertama dicampur dengan imbuhan tetap, khidmat awam, imbuhan tetap perumahan dan elaun cola (sara hidup), maknanya baharu menghampiri RM1,900.

Ini menunjukkan gaji minimum penjawat awam itu masih jauh di bawah pendapatan garis kemiskinan.

Selain itu, beliau berkata gaji minimum sedia ada ini menyukarkan Kerajaan untuk mencapai sasaran pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan dan matlamat menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Justeru, Datuk Adnan Mat berpandangan penetapan gaji minimum baharu iaitu kepada RM1,800 penting bagi memastikan penjawat awam bukan sahaja dapat memiliki rumah sendiri malah mampu menyediakan perbelanjaan pengangkutan, pendidikan, kesihatan serta makan dan minum untuk keluarga.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) juga meminta gaji minimum dinaikkan kepada RM1,800 sebulan kerana situasi kenaikan harga barang yang tidak adil bagi penjawat awam.

“Pada masa ini kami kurang selesa dengan dapatan gaji ini, perbelanjaan juga tidak adil dengan harga barang yang semakin hari semakin mencengkam.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: