Tempatan

Ramai Budak Bawah 10 Tahun Kemurungan – Netizen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 03 Jun 2022 – Seorang pengguna laman sosial Twitter, Miya Wong dengan nama pengguna @meowonges baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan dengan berkata, “Patutla sekarang ni ramai budak-budak bawah 10 tahun dah kena diagnose kemurungan.”

Menurut beliau, hal ini berlaku kerana apabila seseorang murid mengalami sebarang permasalahan dan membuat laporan kepada guru, murid tersebut tidak mendapat tindak balas yang selayaknya malah, mereka pula yang akan dimarahi.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian susulan daripada kes buli yang didakwa berlaku terhadap anak buahnya yang berumur 9 tahun dalam aplikasi Whatsapp.

Kanak-kanak tersebut telah disisihkan oleh rakan-rakannya di sekolah, dihina dengan kata-kata keji dan turut digelar ‘taik hitam’.

“Adik aku pun benci kau. Dia cakap muka kau macam taik hitam ba** semua adalah,” berikut adalah petikan mesej salah seorang pembuli menerusi tangkap layar di Whatsapp tersebut.

WhatsApp-Image-2022-06-03-at-7.59.59-PM-1.jpeg?resize=307%2C565&is-pending-load=1#038;ssl=1

Hal ini mendapat kecaman dari warga Twitter yang tidak bersetuju dengan sikap dan tingkah laku kanak-kanak yang membuli di usia muda itu.

“Budak 9 tahun sekarang lain macam. Kita dulu 9 tahun sape cakap bodoh tak sebut Alif Lam Lam Ha dia dosa masuk api neraka,” ciap @aaraaeiou.

WhatsApp-Image-2022-06-03-at-7.59.59-PM.jpeg?resize=440%2C245&is-pending-load=1#038;ssl=1

Miya Wong dalam kenyataan yang sama turut berkata, “Pastu macam biasa la cikgu downplay benda ni. Cakap ala budak-budak biasa la. Parents cakap budak tu belajar cakap macam tu daripada TikTok.”

WhatsApp-Image-2022-06-03-at-7.59.58-PM.jpeg?resize=478%2C236&is-pending-load=1#038;ssl=1

Justeru, Miya Wong menitipkan pesan supaya kanak-kanak di usia muda tidak diberikan gajet kerana ditakuti ia akan membawa kepada kejadian buli seperti yang terjadi kepada anak saudaranya.

“Antara sebab kenapa kita kena delay selama mungkin untuk bagi anak fon sendiri,” tegas Miya Wong

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: