Ramadan: Jakarta Larang Kelab Malam, Rumah Urut, Spa, Pusat Sukan Beroperasi
JAKARTA, 25 Mac 2023 – Jakarta melarang kelab malam, disko, spa, rumah urut, pusat sukan, pusat permainan elektronik dan bar untuk beroperasi sepanjang Ramadan ini, memetik kepada sebuah berita Indonesia.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Bahagian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Kerajaan Negeri, Andika Permata menerusi Surat Pekeliling yang dikeluarkan pada 21 Mac lalu.
BACA JUGA: Ambil Langkah Proaktif Kekang LGBT – PAS Selangor
BACA JUGA: Kerajaan Kaji Penyelesaian Beban Para Guru
BACA JUGA: ‘Buka Puasa Di Gereja’: Mantan Menteri Kongsi Video, Mahu Malaysia Belajar
Biarpun begitu, larangan tersebut dikecualikan bagi bar di hotel bertaraf empat bintang ke atas serta kawasan komersial serta tidak berdekatan dengan kawasan perumahan, rumah ibadah, sekolah, atau hospital.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa Jakarta turut menyeru pengusaha agar tidak menimbulkan gangguan terhadap orang sekeliling dan dilarang untuk melakukan perjudian.
Malah, demi menghormati serta menjaga suasana yang kondusif dalam bulan Ramadan dan Aildilfitri, para pekerja serta pengunjung juga diminta untuk berpakaian sopan.
Bukan itu sahaja, perusahaan makanan dan minuman yang tidak termasuk dalam surat edaran tersebut digalakkan untuk memakai tirai agar tidak terlalu menunjukkan paparan yang jelas.
Kata, Polis Kepolisian Negara Republik Indonesia Daerah (Polda) Metro Jaya, Irjen Fadil Amran, pihaknya beserta pemerintah wilayah Jakarta akan bekerjasama dalam melakukan pengawasan.
“Kita menghargai orang yang berpuasa, tempat hiburan mematuhi waktu bukan dan tutup sesuai dengan Perda. Kami dari Polda akan bekerjasama dengan Pemda DKI agar semua dapat berjalan dengan lancar dan baik,” kata beliau.