Antarabangsa

Gempa Turkiye-Syria: Kedutaan Turki Pohon Bantuan Barangan Keperluan Buat Mangsa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 09 Februari 2023 – Kedutaan Turkiye memohon kepada para sukarelawan yang hendak menghulurkan bantuan untuk membekalkan barangan keperluan buat mangsa gempa bumi di republik berkenaan baru-baru ini.

BACA JUGA: Bajet 2023: Galen Centre Cadang Mansuh Caj Hospital Kerajaan

BACA JUGA: Selsema Babi : Kerajaan Mesti Benarkan Babi Rentas Negeri

BACA JUGA: KKM Tutup Restoran Makanan Segera Kota Kemuning

Dalam sepucuk surat yang dikongsikan oleh Kedutaan Turkiye berpangkalan di New Delhi, terdapat beberapa senarai barangan yang diperlukan buat para mangsa. Antaranya adalah:

1. Pakaian musim sejuk (untuk dewasa dan kanak-kanak)

i Kot luar
ii. Kot hujan
iii. Kasut but
iv. Baju sejuk
v. Seluar
vi. Sarung tangan
vii. Selendang skaf
viii. Topi beanies
ix. Stoking
x. Pakaian dalam

2. Keperluan lain

i. Khemah
ii. Katil
iii. Tilam
iv. Selimut
v. Sleeping bags
vi. Thermos

3. Kotak makanan (makanan dalam tin)

4. Susu formula bayi

5. Lampin pakai buang kanak-kanak

6. Barangan kebersihan diri

7. Lampin pakai buang wanita

Malah, Kedutaan Turkiye turut memohon agar barangan yang disumbangkan berada dalam keadaan baharu, bersih serta dalam masih dalam keadaan baik.

Manakala, untuk barangan bantuan yang berkapasiti besar, penyumbang boleh menghubungi Kedutaan Turkiye menerusi [email protected] sebelum urusan penghantaran dilakukan.

Kedutaan Turkiye dalam surat tersebut turut menzahirkan penghargaan di atas sokongan serta solidariti yang dipaparkan oleh masyarakat.

Dalam pada itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam sebuah kenyataan berikrar bahawa Kerajaannya sedang melakukan yang terbaik bagi membantu mangsa-mangsa yang terselamat serta petugas penyelamat yang terlibat.

Gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria baru-baru ini telah mengorbankan lebih kurang 15,000 orang serta kebanyakan bangunan runtuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: