Tempatan

Rakyat Resah Harga Barangan Basah Kian Meningkat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

GUA MUSANG, 09 Disember 2022 – Rakyat semakin resah apabila harga barangan basah seperti bawang merah dan ayam segar kian meningkat dan masih belum stabil di pasaran.

Siti Rahmah Awang, seorang pengguna berkata, “Kenaikan harga barang memberi kesan kepada kos sara hidup keluarga apabila terpaksa berhemah dalam berbelanja dan sering lari daripada bajet.”

Menurutnya, peningkatan itu menyebabkan rakyat terus berada dalam tekanan untuk memulihkan ekonomi keluarga yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Dia juga sudah mula mengawal perbelanjaan harian susulan kenaikan harga barang basah setiap hari.

Dalam pada itu, Siti Rahmah turut berharap agar ahli mesyuarat Kabinet membantu menurunkan kos sara hidup rakyat sekali gus menggesa Kerajaan bertindak segera dalam mengawal kenaikan harga barangan yang mencanak naik ketika ini.

Mengulas lanjut, Sabariah Mohamed Sayuti, seorang peniaga meluahkan kebimbangannya apabila terpaksa menaikkan harga jualan selepas menanggung kos tinggi.

Katanya, kebanyakan barang yang dijual adalah barang kawalan namun harga tetap berbeza berbanding sebelum ini.

“Saya terpaksa menjual seguni kecil bawang merah dengan harga RM3.60 berbanding bulan lalu RM2.50. Bagi ayam pula sebelum ini dijual dengan harga RM6.80 tetapi hari ini harga naik kepada RM8.40 sekilogram,” jelasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: