Tempatan

Rakyat Malaysia Semakin Pendek Umur

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2022 – Menurut statistik Jangkaan Hayat Malaysia 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan, purata jangka hayat rakyat menurun bagi tahun 2020 hingga 2022.

Penurunan jangka hayat itu disumbangkan oleh peningkatan lebihan kematian semasa pandemik COVID-19.

Menurut jabatan itu, bayi lelaki dan perempuan yang lahir pada 2022 secara purata dijangka hidup selama 73.4 tahun iaitu sedikit menurun berbanding 74.5 tahun bagi bayi yang lahir pada tahun 2021.

“Bayi lelaki yang lahir pada 2020 secara purata dijangka hidup sehingga 72.5 tahun; 72.3 tahun (2021) dan 71.3 tahun bagi yang lahir pada 2022, manakala bayi perempuan yang lahir pada 2020 dijangka hidup sehingga 77.2 tahun; 77 tahun (2021) dan 75.8 tahun (2022),” menurut jabatan itu.

Berdasarkan statistik berkenaan golongan perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki dengan perbezaan jangkaan hayat 4.5 tahun pada 2022.

Sementara itu, data turut merekodkan lelaki dan perempuan yang mencapai usia 15 tahun pada tahun 2022, masing-masing dijangka hidup sehingga 56.9 tahun dan 61.3 tahun lagi.

Bagi lelaki dan perempuan berumur 60 tahun pada 2022 masing-masing dijangka hidup selama 17.5 tahun dan 20.1 tahun lagi iaitu sehingga usia mereka sekitar 77.5 tahun bagi lelaki dan 80.1 tahun bagi perempuan.

Dalam pada itu, mengikut kumpulan etnik, etnik Cina mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan lelaki, 73.5 tahun dan perempuan, 79.4 tahun.

Manakala, Selangor mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi bagi 2020 hingga 2022 berdasarkan statistik mengikut negeri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: