Rakyat Malaysia Diseru Fokus Isu Keselamatan Al-Quds – Duta Palestin Ke Malaysia
KANGAR, 21 Ogos 2023 – Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali menyeru agar rakyat Malaysia memberi perhatian terhadap isu keselamatan dan keamanan di Al-Quds.
Ujarnya, rakyat Malaysia perlu memberi penumpuan kepada isu utama di negara Islam itu sekali gus menyalurkan sumbangan kepada Palestin melalui saluran rasmi seperti Wisma Putra.
BACA JUGA: WWF Malaysia, UMS Guna Teknologi AI Kesan Populasi Orang Utan
BACA JUGA: Dasar Gaji Progresif Singapura Wajar Dicontohi, Utamakan Pekerja Tempatan
BACA JUGA: Laporkan Kes Buli, Gangguan Seksual Pada Tempoh Ditetapkan
Jelas beliau, isu-isu politik dalaman yang melibatkan penduduk Palestin tidak seharusnya menjadikan umat Islam keliru dalam mempertahankan dan membela nasib umat Palestin yang berhadapan situasi mencabar hari demi hari.
Beliau menyatakan sedemikian kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam sebuah Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) baru-baru ini.