Tempatan

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Waspada Varian Deltacron – Prof Sharifa Ezat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kuala Lumpur, 15 Mac 2022 – “Deltacron mudah menjangkiti mereka yang mempunyai masalah daya tahan tubuh yang rendah, oleh itu rakyat Malaysia perlu terus berwaspada dengan varian terbaharu ini tambahan pula kita akan menuju fasa endemik mulai 1 April ini.”

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, Pakar Kesihatan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mengikut kajian, varian Deltacron mudah menjangkiti mereka yang rendah imunisasi.

“Data mengenai varian terbaharu ini masih lagi terhad dan pakar perubatan tidak tahu sejauh mana kadar penularannya,” ujarnya.

Ekoran itu, rakyat dinasihatkan terus berwaspada susulan penemuan varian terbaharu Deltacron walaupun populasi lengkap divaksin di Malaysia melebihi 98 peratus.

Beliau turut menasihati agar rakyat terus patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi melindungi diri dari dijangkiti.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian itu dikesan di Perancis, Belanda dan Denmark.

Walaupun varian hibrid itu boleh merebak antara manusia, pakar dan pihak berkuasa kesihatan mengesahkan bahawa ia tidak merebak pada kadar yang membimbangkan dan tidak mungkin mengatasi varian dominan, Omicron.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: