Tempatan

Rakyat Malaysia Boleh Guna Kod QR Di CIQ BSI & KSAB Mulai 1 Jun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 28 Mei 2024 – Rakyat Malaysia yang akan ke Singapura boleh menggunakan kod Respons Pantas (QR) untuk pelepasan imigresen di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di kedua-dua lintasan sempadan darat di Johor bermula 1 Jun ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, percubaan sistem pelepasan imigresen menggunakan kod QR akan bermula di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Jelas beliau, fasa pertama penggunaan kod QR ini akan melibatkan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura dengan menaiki bas di BSI dan penunggang motosikal yang menggunakan sistem pelepasan imigresen automatik MBike di KSAB.

“Bukti konsep penggunaan kod QR akan dijalankan selama tiga bulan dan hanya melibatkan rakyat Malaysia.

“Ini dijangka dapat mengurangkan masa menunggu untuk pelepasan imigresen sebanyak kira-kira 50 peratus di BSI dan KSAB,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas untuk menangani masalah kesesakan sempadan Johor di BSI, semalam.

Beliau pada semalam melakukan lawatan mengejut di kompleks BSI pada jam 4.15 pagi yang mana ia bertujuan untuk melihat sendiri proses perjalanan masuk dan keluar melibatkan pengembara dari dua negara iaitu Malaysia dan Singapura.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: