Rakyat Korea Selatan Bakal ‘Kembali Muda’ Setahun
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KOREA SELATAN, 17 April 2022 – Rakyat Korea Selatan akan ‘kembali muda’ apabila kerajaan di bawah kepimpinan Lee Yong-ho memutuskan untuk mengkaji semula sistem umur di sana.
Berdasarkan sistem umur sedia ada di Korea, bayi akan berumur 1 tahun sebaik sahaja mereka lahir, sekaligus menyebabkan kiraan umur rakyat korea lebih 1 tahun berbanding negara lain.
BACA: Peminat Muslim Terkilan Artis Kpop Pakai Rantai Kalimah Allah
BACA: Bagaimana Jika Saya Katakan Tiada Bukti Tuhan Itu Wujud — Raja Petra Kamaruddin
BACA: Ribut Pasir Di Riyadh, Konsert Kpop Ditangguhkan
Umur di Korea Selatan juga akan meningkat apabila tahun baru menjelma, di mana sistem di sana tidak mengira peningkatan umur berdasarkan bulan kelahiran seperti yang diamalkan di negara lain.
Sekiranya usaha ini berhasil, sistem umur di Korea akan mengikuti sistem antarabangsa, sekaligus menjadikan rakyat Korea ‘muda’ setahun berbanding sebelum ini.
Yong-ho menyatakan bahawa penukaran sistem umur ini adalah untuk mengurangkan bebanan ekonomi dan sosial yang tercetus akibat kekeliruan berkenaan had umur ini.
“Jika kita gunakan sistem umur antarabangsa, kita tidak akan lagi lihat kos sosial dan ekonomi yang tercetus daripada segala kekeliruan dan kesukaran yang lahir dari (isu) jarak umur ini,” katanya seperti yang dilaporkan The Korea Herald.