Antarabangsa

Rakyat Jakarta Bekerja Dari Rumah, Kurangkan Pencemaran Udara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 21 Ogos 2023 – Penjawat awam di Jakarta akan bekerja dari rumah selama dua bulan bermula hari ini bagi mengatasi pencemaran udara di Jakarta dan kawasan sekitarnya.

Timbalan Gabenor Jakarta, Heru Budi Hartono berkata, separuh daripada penjawat awam akan mula bekerja dari rumah mulai Isnin, manakala selebihnya akan melakukannya bermula September ini hingga 21 Oktober.

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Diseru Fokus Isu Keselamatan Al-Quds – Duta Palestin Ke Malaysia

BACA JUGA: AS Gesa Suntikan Booster Subvarian Baharu

BACA JUGA: Wabak Pertussis: Situasi Terkawal, JKN Pahang Terus Pantau

“Namun, kerja dari rumah itu hanya untuk golongan pekerja yang tidak terlibat secara langsung dengan masyarakat.”

“Petugas perubatan dan sektor kritikal masih perlu ke tempat kerja demi kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Menteri Penyelaras Bidang Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan turut mengarahkan supaya jumlah kadar bayaran di tempat letak kenderaan dinaikkan, bagi mengurangkan orang ramai menggunakan kenderaan untuk bekerja dan melakukan aktiviti harian.

“Kita akan laksanakan kerja dari rumah ini sehingga kita berpuas hati dengan tahap kualiti udara di Jakarta dan kawasan sekitarnya.”

“Langkah ini diambil kerana ia merupakan satu daripada cara terbaik untuk kurangkan pencemaran,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: