Tempatan

Hukuman Sebat Wajar Kekal, Laksana Secara Terbuka Di Khalayak Ramai

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2023 – Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat bahawa hukuman sebatan wajar dikekalkan sekali gus mencadangkan agar ianya dilaksanakan secara terbuka di depan khalayak ramai.

Portal tempatan melaporkan, katanya, hukuman tersebut harus kekal dan tidak perlu diganti dengan alternatif lain walaupun ada yang beranggapan ianya bersifat kuno, kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Haniff Khatri juga menjelaskan bahawa hukuman tersebut masih tidak menyeluruh bahkan tidak berkesan dalam mengurangkan kadar kenaikan jenayah.

Menurut beliau, cadangan supaya hukuman itu disaksikan orang awam berupaya memberi impak besar, malah akan menjadi faktor pencegahan agar orang ramai tidak melakukan kegiatan jenayah luar jangkaan.

BACA JUGA: Selepas Bandar Gah, Saudi Mula Operasi Penerbangan Khas NEOM Akhir 2024

BACA JUGA: PATI, Imigran, Pelajar Asing Lubuk Pegawai Korup – SPRM

BACA JUGA: Bukan Takat Kutip Duit, Along Mula Hina Islam! – PPIM

Katanya, “Selama ini kita ada hukuman sebat tapi tidak dibuat di hadapan orang ramai. Bagaimana mereka berasa takut dan bimbang? Sebab ia berlaku di sebalik tirai besi (penjara), jadi orang di luar sana tidak dapat bayangkan situasi itu andaikan berlaku kepada mereka.”

“Tidak banyak negara yang buat hukuman sebat di khalayak ramai, sebab kononnya sudah beralih kepada konsep negara bertamadun, para banduan tidak layak dilayan sebagai ‘binatang’ di hadapan orang ramai. Sebenarnya, ini kritikan tidak munasabah,” tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, peguam, Mior Nor Haidir Suhaimi turut bersetuju agar Kerajaan mengekalkan hukuman sebatan kerana ia bersifat mencegah mengikut bentuk jenayah yang dilakukan.

“Kalau setakat hukuman penjara (sebagai alternatif mengganti hukuman sebat) seberapa lama pun tempohnya, kadang-kadang ia proses cegahan itu tidak berlaku dan kegiatan jenayah masih berterusan,” katanya.

Baru-baru ini, persetujuan Jemaah Menteri memansuhkan hukuman penjara seumur hidup sebagai alternatif hukuman mati mandatori menimbulkan persoalan sama ada hukuman sebat akan kekal atau diganti dengan hukuman lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: