Antarabangsa

Rakyat Amerika Tidak Lagi Tegar Menyebelahi Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 28 Ogos 2022 – Setelah enam bulan sejak operasi ketenteraan Rusia melawan Ukraine, hampir tiga daripada sepuluh warga Amerika Syarikat (AS) kini tidak lagi pasti sepenuhnya akan pendirian mereka dalam meneruskan sokongan terhadap Kiev sebagaimana yang ditunjukkan oleh sebuah undian.

Menurut sebuah undian yang dijalankan secara bersama oleh Reuters dan Ipsos, 53 peratus daripada populasi dewasa AS setuju bahawa Washington patut meneruskan sokongan terhadap Kiev sehingga seluruh tentera Rusia berundur daripada wilayah yang dituntut oleh Ukraine.

Manakala sebanyak 28 peratus tidak lagi bersetuju seperti sebelumnya. Mereka yang kini tidak pasti akan pendirian AS dalam menyokong Ukraine.

Selain itu, terdapat juga golongan yang meragui tindakan AS dalam menyediakan senjata dan lain-lain bantuan terhadap Ukraine dan mereka ini terdiri daripada 37 peratus daripada populasi AS. Manakala 18 peratus lagi menolak sepenuhnya tindakan AS dalam memberi bantuan terhadap Ukraine.

Pada April lalu, 31 peratus daripada warga AS mengambil pendirian bahawa “pergolakan di Ukraine bukanlah urusan negara kami dan AS tidak sepatutnya campur tangan”.

Kini, jumlah warga AS yang mengambil pendirian tersebut telah meningkat sebanyak 40% menurut undian tersebut.

Joe Biden, Presiden AS telah mengumumkan tambahan sebanyak 3 bilion USD terhadap bantuan kepada Ukraine pada Rabu lalu. AS kini telah menyumbangkan lebih daripada 15.5 bilion USD dalam membantu Ukraine sejak mula menyokong kejatuhan kerajaan Kiev yang dilantik pada 2014.

Undian yang sama juga menunjukkan bahawa inflasi di AS adalah perkara yang lebih besar yang menjadi perhatian warga AS. 58 peratus warga AS dilaporkan mengikuti berita mengenai konflik di Ukraine, namun warga AS yang mengikuti berita mengenai inflasi adalah lebih tinggi dengan jumlah sebanyak 75 peratus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: