Tempatan

Genosid Kaum India Di Malaysia? Jangan Menipu!!! – Zamri Vinoth

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Februari 2022 – “Satu tuduhan yang mereka seringkali taburkan hatta especially pada orang Islam di negara Malaysia kononnya mereka melakukan genosid terhadap bangsa India.”

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Kalau Nak Buat Kuil, Buat Di Tanah Sendiri. Jangan Menipu! – Zamri Vinoth

BACA: Kerajaan Perak ‘U-Turn’ Tak Jadi Halau 19 Kuil Dari Tanah Kerajaan

“Tuan-tuan…hari ini kalau kita tengok statistik menunjukkan di Malaysia kita ada 1.7 atau 1.8 juta rakyat Malaysia yang berbangsa India yang tinggal di sini. Takda siapa pun yang memberikan genosid!”

Kenyataan tegas itu dinyatakan Pengerusi One Centre Malaysia Perlis, Zamri Vinoth berikutan dari fitnah dan penipuan yang seringkali dilemparkan oleh pelampau Hindu di negara ini terhadap bangsa Melayu Islam di Malaysia.

Berikutan daripada pelbagai tuduhan yang dilakukan, Zamri Vinoth tampil memberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai hak sama rata yang diberikan oleh kerajaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Mereka masih lagi hidup, saya masih lagi hidup, saya orang India dan masih lagi hidup, takda siapa kacau mereka.”

Mereka belajar di sekolah yang sama yang orang Melayu pun belajar. Dia pun bayar yuran yang sama, saya pun bayar yuran yang sama. Kita pergi ke hospital yang sama, bayar RM1. Saudara Haziq bayar RM1, saya pun bayar RM1. Depa bukannya kata saya India saya kena bayar RM100.”

Sama tak tuan-tuan? Sama. Pendidikan diberikan sama, dari sudut kesihatan diberikan sama dan sebagainya. Apa masalah dia!?” tegas Zamri Vinoth.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi pengalaman semasa menetap di India dan memberi pencerahan mengenai kehidupan di Malaysia adalah jauh lebih baik daripada tinggal di negara tersebut dan menegaskan bahawa puak Hindu yang tidak tahu untuk mengenang jasa ini perlu dihantar semula ke negara asal mereka.

“Apa yang mereka dapat di sini hatta mereka takkan dapat di negara India sendiri. Saya pernah tinggal di India, bukan pergi untuk melancong tuan-tuan. Saya pernah tinggal di India untuk tempoh yang sangat lama. Saya menyewa di situ dan saya pernah tinggal di situ.”

“Untuk mereka-mereka yang tak tahu mengenang budi di negara Malaysia, kita sepatutnya hantar mereka pi tinggal setahun dua tahun, baru dia tau…”

Pengerusi One Centre Malaysia Perlis itu menjelaskan mengenai perkara ini semasa berlangsungnya Himpunan Solidariti Selamatkan Akidah 3 Mualaf yang digerakkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada 22 Februari lalu.

Himpunan yang diadakan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bertujuan bagi menyatakan solidariti untuk menjaga serta menyelamatkan akidah 3 orang anak kepada Loh Siew Hong dan Nagashwaran Muniandy yang sedang berdepan dengan kes hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: