Antarabangsa

Rakan Modi Beli Pelabuhan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 20 JULAI 2022 – Nilai pegangan saham syarikat Adani Ports & Special Economic Zone Ltd melonjak naik pada Jumaat baru-baru ini apabila sebuah kerjasama yang diketuai oleh seorang pengusaha Pelabuhan, memenangi tender dari kerajaan Israel untuk membeli Pelabuhan Haifa dengan harga sebanyak 4.1 bilion shekel ataupun 1.2 bilion USD.

Syarikat yang dipengerusikan oleh Gautam Adani yang merupakan lelaki terkaya di Asia, dengan kerjasama Gadot Chemical Tankers and Terminal Ltd itu juga akan membeli 100% pegangan ekuiti di Pelabuhan Haifa. Menurut Kementerian Kewangan Israel, penjualan tersebut bertujuan untuk meningkatkan persaingan serta meningkatkan keberkesanan.

Berkenaan peratus pemilikan pula, Syarikat Adani akan memiliki 70 peratus pemilikan, manakala Syarikat Gadot pula akan memiliki selebihnya, sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Adani.

Berikutan pembelian tersebut, saham Pelabuhan Adani telah meningkat sebanyak 0.9 peratus di Mumbai, berbanding dengan peningkatan sebanyak 0.7 peratus di indeks BSE SENSEX.

Syarikat yang memenangi tender tersebut akan mengendalikan pelabuhan tersebut sehingga tahun 2054. Kini pelabuhan berkenaan mengendalikan hampir separuh daripada keseluruhan kargo penghantaran di Israel.

Terdapat penganalisis yang berpendapat bahawa perkara ini dapat memperkasakan jaringan global Adani dan seterusnya mengikat hubungan dengan (syarikat) perkapalan. Namun disebabkan peningkatan kos pembangunan serta faedah perbelanjaan, keuntungan bagi jangka masa terdekat mungkin tidak memberangsangkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: