Tempatan

Kumpulan B40, M40 Paling Banyak Keluarkan KWSP

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 – Kumpulan T20 dilihat memonopoli baki simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berbanding kumpulan B40 dan M40 yang dilaporkan semakin sedikit simpanannya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, simpanan kumpulan B40 dan M40 menurun sebanyak 46 peratus dan 28 peratus, manakala simpanan kumpulan T20 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus.

BACA JUGA: Siti Bainun Mengaku Sayang Bella ‘Lebih Daripada Anak-Anak Lain’

“Seramai 5.2 juta pencarum KWSP B40 dengan jumlah simpanan mereka RM13 bilion sebelum April 2020, tetapi selepas Disember 2020 ia menurun 46 peratus tinggal RM7 bilion.”

“Kumpulan M40 seramai 5.2 juta pencarum pula daripada RM191 bilion sebelum April 2020, ia menurun 28 peratus menjadikan nilai simpanan RM138 bilion.”

BACA JUGA: Pendirian Politik: Lim Hui Ying Yakin Para Guru Tidak Pengaruhi Pelajar

“Berbanding simpanan T20 di mana KWSP ini ‘dimonopoli’ oleh mereka apabila seramai 2.2 juta ahlinya dengan nilai begitu hebat RM538 bilion sebelum April 2020, bukan turun tapi naik 11 peratus kepada RM597 bilion,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan setakat 31 Disember lalu, hanya 29 peratus sahaja pencarum aktif berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai tahap simpanan mengikut usia.

BACA JUGA: SOSMA Kekal – Menteri KDN

Jelasnya, kebenaran pengeluaran sebelum ini telah mengakibatkan kumpulan B40 dan M40 paling terjejas baki simpanan di KWSP.

“Pengeluaran khas empat kali pandemik COVID-19, sekarang endemik. Negara seumpama kita (sebelum ini) benarkan pengeluaran pun sudah tidak benarkan lagi.”

“Saya kira dalam Bajet 2023 Jumaat ini, sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri bahawa ada kaedah-kaedah lain untuk membantu,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: