Antarabangsa

Monkeypox: US Catat 10,000 Kes

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 15 Ogos 2022 – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menyatakan, lebih 10,000 rakyat Amerika Syarikat telah disahkan positif wabak monkeypox dan pegawai kesihatan persekutuan memaklumkan, mereka sedang berusaha sedaya upaya membendung penularan virus tersebut, lapor media luar negara.

Daerah Columbia serta 15 negeri lain dilaporkan memiliki lebih daripada 100 kes dan bilangan terbesar adalah di New York, California dan Florida.

Setakat ini, 12 kematian akibat cacar monyet yang dilaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak melibatkan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa kesihatan persekutuan berkata, virus itu kebanyakannya merebak melalui interaksi rapat di antara lelaki yang melakukan hubungan seks sesama lelaki, sama ada melalui sentuhan langsung kulit ke kulit atau berkongsi sesuatu seperti tuala dan tempat tidur.

Kenyataan sama menyatakan bahawa beberapa minggu sebelum peningkatan ini berlaku, pihak berkuasa kesihatan persekutuan telah memberi amaran dengan menjangkakan wabak ini akan menular dengan pantas di Amerika Syarikat sehingga bulan Ogos.

Terdahulu, Gabenor New York, Kathy Hochul terpaksa mengisytiharkan darurat bencana disebabkan oleh peningkatan kes monkeypox di New York.

“Setelah menyelidiki data terkini penyebaran monkeypox di negeri New York, saya mengisytiharkan Darurat Bencana Negeri bagi menguatkan lagi usaha agresif secara berterusan bagi menghadapi wabak ini.”

“Lebih daripada satu dari empat kes monkeypox di negara ini adalah di negeri New York, dan kita perlu menggunakan setiap alat yang ada dalam simpanan sebagai respon,” kata Kathy Hochul.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: