Tempatan

Raja Permaisuri Agong Berkenan Sempurnakan Majlis Perasmian Program Back To Nature

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyempurnakan majlis perasmian program Back To Nature di Pavilion Bukit Jalil, semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada jam 11.00 pagi disambut Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) Puan Fully Chye Goet Lee dan Penasihat PSJKM yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak.

Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat gerai jualan dan pameran serta melakukan sendiri proses mengekstrak tumbuhan di atas fabrik yang dinamakan sebagai ‘eco-printing’.

Program Back To Nature anjuran PSJKM diadakan bagi memupuk penggunaan sumber semula jadi iaitu daripada tumbuh-tumbuhan dalam penghasilan produk, fabrik dan corak rekaan sekaligus mengurangkan penggunaan pewarna sintetik dalam industri dengan membawa tema ‘Vaksinasi Cegah COVID-19, Kemahiran Cegah Kemunduran’.

Penyertaan sebanyak 50 gerai jualan dalam kalangan peserta PSJKM dan Koperasi Dagang Seni Malaysia yang terdiri daripada suri rumah, asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Orang Asli dalam program yang berlangsung selama sembilan hari tersebut bermula 18 Jun yang juga bertujuan melahirkan usahawan yang berkemahiran dalam menghasilkan produk mesra alam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: