Tempatan

Raja Permaisuri Agong Berkenan Kurnia Sumbangan Kepada Kementerian Perpaduan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 Jun 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan cek sumbangan RM30,000 kepada Kementerian Perpaduan Negara ketika lawatan ke Taska Genius Perpaduan Taman Sri Rampai semalam.

Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Taska Genius Perpaduan Taman Sri Rampai bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2022.

Turut berangkat adalah anakanda Seri Paduka Baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Seri Paduka Baginda dan anakanda meluangkan masa hampir satu jam beramah mesra bersama kanak-kanak dan tenaga pengajar di taska berkenaan.

Pengurniaan cek sumbangan oleh Seri Paduka Baginda sendiri diserahkan kepada Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Noridah Abdul Rahim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: