Antarabangsa

Raja Jordan Sekat Kebebasan Putera Negaranya

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JORDAN, 22 Mei 2022 – Raja Abdullah, raja pemerintah Jordan pada Selasa baru-baru ini mengeluarkan titah bagi menyekat kebebasan Putera Hamzah bin Hussein, saudara sebapanya, atas sebab keselamatan dalam negara.

TRT melaporkan bahawa sekatan ini berkuatkuasa ke atas kebebasan komunikasi Putera Hamzah dan kebebasan bergeraknya.

Menurut laporan al Arabiya News, sekatan yang dikenakan ke atas Putera Hamzah adalah atas alasan perbuatannya yang bersifat “menghasut” dan boleh menimbulkan kekacauan.

Putera Hamzah didakwa telah mencuba untuk mengganggu kestabilan kerajaan Jordan dan menimbulkan kacau bilau apabila beliau didapati sering berjumpa dengan tokoh-tokoh yang terkenal sebagai suara lantang dalam mengkritik kerajaan Jordan.

Hubungan baik Putera Hamzah dengan dua individu yang dipercayai berhubungan dengan kedutaan luar negara bagi tujuan mencetuskan kekacauan terhadap kestabilan Jordan tidak disenangi pihak pemerintahan Jordan.

Kedua-dua individu tersebut adalah Bassem Awadallah dan Hassan bin Zaid, di mana Bassem pernah berkhidmat sebagai antara penasihat tertinggi diraja, manakala Hassan bin Zaid pula merupakan ahli keuarga diraja.

Pada 2021, dua individu terbabit didapati bersalah atas tuduhan hasutan dan mencetuskan kekacauan sebelum dihukum penjara selama 15 tahun.

Raja Abdullah pada asalnya menerima baik permohonan maaf yang dikeluarkan Putera Hamzah pada bulan Mac lalu.

“Saya optimistik apabila dia memutuskan untuk mengiktiraf apa yang dia sudah lakukan,” titahnya.

Namun, Putera Hamzah kembali mendakwa dirinya menjadi sasaran ‘konspirasi’ kerajaan beberapa minggu setelah permohonan maaf tersebut. Putera Hamzah dilucutkan daripada status keluarga diraja pada April lalu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: