Antarabangsa

Rafah Akan Diserang Semasa Ramadan, Jika Tahanan Tidak Dibebaskan – Menteri Rejim Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMAQDIS, 19 FEBRUARI 2024 – Menteri Kabinet perang rejim Zionis Israel, Benny Gantz mengancam untuk menyerang bandar Rafah semasa Ramadan sekiranya tebusan yang ditahan pejuang Hamas tidak dibebaskan.

Tegasnya, “Dunia mesti tahu, dan pemimpin Hamas mesti tahu – jika menjelang Ramadan tebusan tiada di rumah, pertempuran akan diperluaskan ke kawasan Rafah.”

“Hamas mempunyai pilihan. Mereka boleh menyerah diri, membebaskan tebusan, dan dengan cara ini, rakyat Gaza boleh menyambut perayaan suci Ramadan.”

Dalam laporan media Zionis pula, Gantz menyatakan bahawa pencerobohan ke atas Rafah akan berlaku dalam penyelarasan bersama “rakan kongsi kami Amerika dan Mesir untuk mengurangkan korban awam”.

Turut dilaporkan, tentera haram Israel merancang untuk melancarkan serangan darat di Rafah, yang menempatkan perlindungan peperangan kepada lebih 1.4 juta rakyat Palestin, untuk mengalahkan ‘batalion Hamas’ yang berbaki.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: