Tempatan

QIAM Junjung Kasih Kebijaksanaan Agong & Harap MP Sokong PM9

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2021 – Pertubuhan Gerakan QIAM menjunjung kasih kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan Baginda dalam menyelesaikan kemelut politik negara secara tangkas dan bijaksana.

“KDYMM Tuanku adalah tempat rakyat meletak harapan setiap kali kemelut politik melanda negara. Penghargaan dan junjung kasih juga diangkat sembah kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang turut bersama terlibat dalam penyelesaian tersebut,” kata Presiden QIAM, Dato’ Sirajuddin Hj Salleh.

Dalam kenyataan sama, QIAM berharap Perdana Menteri Ke-9 dapat memastikan kesinambungan dasar-dasar yang baik yang ditinggalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.

“Selain itu, QIAM turut menyokong saranan Pengerusi Perikatan Nasional, YB Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, agar kerajaan yang baharu dapat meneruskan prinsip mempertahankan kerajaan yang berintegriti, menjaga keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang serta menjunjung sistem Raja Berperlembagaan.”

Akhir sekali, QIAM merayu kepada semua Ahli Parlimen untuk sama-sama menyokong Perdana Menteri Ismail Sabri dalam undi percaya kelak.

“Menyusul titah dan harapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar kemelut politik dapat diakhiri segera, QIAM turut merayu kepada 220 Ahli Parlimen yang akan bersidang di Dewan Rakyat dalam penentuan keabsahan Undi Percaya kepada Perdana Menteri pada 7hb September 2021 agar bersatu hati dan berjiwa besar menunjukkan sokongan Ahli-Ahli Yang Berhormat kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sebagai Perdana Menteri, dan seterusnya bersepakat bersama Perdana Menteri Ke-9 dalam usaha-usaha melawan pandemik Covid-19, menyelesaikan masalah kehidupan dan keselamatan rakyat, serta pemulihan ekonomi negara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: