Antarabangsa

Qatar Seru Benarkan Rakyat Palestin Hadir Tonton FIFA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AL KHOR, 09 September 2022 – Qatar menyeru rejim haram aparteid Israel membenarkan rakyat Palestin menghadiri dan menonton kejohanan Piala Dunia FIFA 2022 pada November tahun ini di negara itu.

Qatar membuat permintaan tersebut sebagai pengantara kepada rejim haram Israel dan Pihak Berkuasa Palestin (PA) berdasarkan insiden yang berlaku beberapa tahun lalu apabila rejim haram itu melarang pasukan bola sepak Palestin menyertai pusingan kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang juga dianjurkan di Qatar.

Menurut sumber media Timur Tengah, walaupun Qatar tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan rejim haram aparteid Israel, pihak mereka sedang berbincang untuk membuka pejabat konsular rejim haram bagi menyokong kira-kira 10,000 peminat bola sepak rejim haram apartheid Israel yang dijangka hadir ke kejohanan FIFA.

Walau bagaimanapun, pihak mereka menjanjikan akan menutup pejabat tersebut sebaik sahaja perlawanan berakhir.

Sumber rejim haram aparteid Israel pula mengatakan, Doha ingin menampilkan kejohanan FIFA sebagai perlawanan yang tidak berpolitik di samping memastikan akses penuh untuk negara Palestin dan rejim haram aparteid Israel.

Umum mengetahui, negara haram aparteid itu menggunakan kawalan penuh terhadap pergerakan keluar masuk rakyat Palestin sedangkan warga rejim haram aparteid Israel, termasuk 750,000 yang menetap di penempatan haram, dibenarkan keluar masuk tanpa sebarang halangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: