Antarabangsa

Pope Dedah Paderi & Biarawati Kongsi Bahan Lucah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

VATICAN CITY, 31 Oktober 2022 – Pemimpin gereja Roman Katholik, Pope Francis mendedahkan bahawa bahan lucah di internet adalah ‘maksiat’ yang dikongsi antara ahli gereja.

“Paderi dan biarawati menonton bahan lucah di internet,” akuinya semasa bercakap dengan ahli seminar di Rom pada hari Isnin.

“Syaitan masuk dengan cara itu. Dan saya bukan hanya bercakap mengenai jenayah pornografi melibatkan penderaan kanak-kanak tetapi bahan lucah yang sedikit ‘normal’.”

“Saudara-saudari yang dikasihi, berhati-hatilah tentang perkara ini,” kata Pope Francis lagi.

Paderi dan biarawati Katolik dilarang menonton bahan pornografi, dengan doktrin Katekismus mentakrifkan imej seksual sebagai ‘kesalahan terhadap kesucian’ di bawah artikel 2354.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: