Terkini

Qatar Energy & Sinopec China Meterai Perjanjian Bekalan 27 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

DOHA, 22 November 2022 – Syarikat Sinopec dari China telah menandatangani perjanjian 27 tahun dengan Qatar Energy bagi memperolehi bekalan gas asli cecair (LNG). Ini merupakan perjanjian yang paling lama pernah dicatat dalam industri tersebut.

Situasi pada masa kini yang tidak menentu juga telah mendorong pembeli untuk memahami kepentingan bekalan jangka pajang yang tetap dan harga yang berpatutan untuk jangka panjang.

Menurut Saad al-Kaabi, Ketua Qatar Energy, ini merupakan satu peristiwa penting dalam perjanjian jual beli (SPA) yang pertama untuk projek North Field East, yang membekalkan 4 juta tan setahun selama 27 tahun kepada Sinopec dari China.

Perjanjian untuk membekalkan LNG pada Isnin, turut disahkan oleh Sinopec, “Ini membawa hubungan kami ke tahap baharu kerana kami mempunyai SPA yang akan bertahan hingga 2050-an,” kata al-Kaabi.

Persaingan bagi memperolehi bekalan LNG menjadi sengit khususnya di Eropah, sejak berlaku konfrontasi di antara Rusia dan Ukraine pada Februari. Rusia merupakan pengimport terbesar ke benua Eropah dengan membekalkan hampir 40% pada masa itu.

Ketika benua Eropah mencari alternatif kepada aliran Rusia, Qatar kini menjadi pengeksport LNG terbaik dunia. Projek pembesaran North Fieldnya juga akan meningkatkan kedudukannya dan membantu menjamin bekalan gas jangka panjang ke Eropah.

North Field merupakan kawasan penghasilan gas terbesar di dunia dikongsi antara Iran, yang memanggilnya bahagiannya South Pars, dan Qatar pemilik North Field (juga dikenali sebagai Nort Dome).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: