Antarabangsa

19 Terbunuh, Pesawat Terhempas Dalam Tasik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUKOBA, 07 November 2022 – 19 orang terbunuh selepas sebuah pesawat penumpang Tanzania terhempas ke Tasik Victoria ketika ia cuba mendarat di bandar tepi tasik Bukoba, lapor sebuah portal antarabangsa.

Antara yang terbunuh dalam kejadian yang berlaku semalam adalah dua juruterbang yang mengemudi pesawat Precision Air berkenaan.

“Kedua-dua juruterbang itu pada mulanya terselamat dan berjaya bercakap dengan pegawai tempatan dari kokpit tetapi perdana menteri berkata mereka mungkin telah meninggal dunia,” lapor media lagi.

Tambah media, sejurus selepas nahas, pesawat itu hampir tenggelam sepenuhnya dengan hanya kelihatan sirip ekor berwarna coklat dan hijau.

Richard Komba, salah seorang dari mangsa yang terselamat dalam nahas berkenaan memberitahu, cuaca bertukar menjadi buruk ketika pesawat berkenaan mahu mendarat lantas memaksa juruterbang untuk mengubah hala tuju pesawat.

Menurut pengendali Precision Air, daripada 43 orang di dalam pesawat terdapat 24 orang yang terselamat.

Pada hari kejadian, Pesawat PW494 berkenaan membawa seramai 39 penumpang meliputi seorang bayi, serta empat kru termasuk juruterbang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: