Antarabangsa

Putin Pecat 1000 Orang Pekerja Bimbang Diracun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RUSIA, 21 Mac 2022 – Presiden Rusia, Vladimir Putin, baru-baru ini dikatakan telah memberhentikan hampir 1000 orang pekerja dan staf peribadi beliau kerana bimbang diracuni.

Lapor Daily Mirror, kebanyakan dari mereka yang dipecat adalah dalam kalangan pekerja yang mengendalikan urusan peribadi beliau.

BACA: Sekat Ekonomi Kami, Kami Anggap Isytihar Perang – Putin

BACA: Kenapa Tak Pertahan Palestin Seperti Pertahankan Ukraine? – MP Ireland

BACA: Elon Musk Cabar Putin Berentap, Ukraine Jadi Taruhan

Tukang masak, pembantu rumah, pengawal peribadi dan setiausaha-setiausaha beliau adalah antara mereka yang diberhentikan kerja.

BFM turut melaporkan bahawa Presiden Rusia tersebut mempunyai seorang pekerja yang akan ‘merasa’ makanan beliau terlebih dahulu untuk memastikan makanan tersebut tidak diracuni.

Setakat ini, perang antara Rusia dan Ukraine masih memuncak tanpa sebarang tanda pengakhiran dalam jangka masa terdekat.

DEFCON, sebuah badan pemerhati hal ehwal konflik dan perang telah memaklumkan bahawa NATO telah menzahirkan kesediaan untuk menghantar tentera bagi membantu Ukraine.

Hal ini menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dunia yang menyifatkan penglibatan NATO secara terus sebagai sebuah permulaan ‘rasmi’ bagi Perang Dunia Ketiga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: