Antarabangsa

Putin Hadiri Latihan Ketenteraan Besar-besaran Bersama China – Kremlin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MOSCOW, 08 September 2022 – Presiden Rusia Vladimir Putin menghadiri latihan ketenteraan berskala besar pada semalam yang melibatkan China dan beberapa negara mesra Rusia yang lain.

Latihan itu diadakan di saat perang Rusia-Ukraine berlaku manakala Moscow dan Beijing menghadapi ketegangan dengan Amerika Syarikat.

Latihan ketenteraan, yang dipanggil Vostok-2022 itu diadakan di beberapa padang latihan menembak di Timur Jauh Rusia dan di perairan luar pantai timurnya.

Menurut Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, seramai lebih 50,000 tentera dan lebih 5,000 unit senjata, termasuk 140 pesawat dan 60 kapal perang terlibat dalam Vostok-2022.

Tentera-tentera tersebut datang dari beberapa negara bekas Soviet, China, India, Laos, Mongolia, Nicaragua dan Syria.

Sebagai sebahagian daripada gerakan, tentera laut Rusia dan China di Laut Jepun mengamalkan tindakan bersama untuk melindungi komunikasi laut dan sokongan untuk pasukan darat di kawasan pantai.

Media antarabangsa melaporkan, Februari lalu, Putin dan Presiden China, Xi Jinping mengisytiharkan kerjasama “tanpa had” dan berjanji untuk bekerjasama lebih rapat menentang Barat.

Sebelum ini, China secara terang-terangan menolak untuk mengkritik tindakan Rusia dalam isu Ukraine. Negara itu juga menyalahkan A.S. dan NATO kerana memprovokasi Moscow di samping mengecam sekatan Barat yang menghukum Rusia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: