Antarabangsa

Putera Saudi Bakal Membuat Perjanjian Ketenteraan Dengan Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 05 Julai 2022 – Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud (MBS) sedang mempersiapkan peruntukan berbilion-bilion untuk memeterai perjanjian ketenteraan besar-besaran dengan Israel.

Saudi Leaks membongkarkan bahawa tindakan tersebut dipercayai sebagai langkah bagi menggalakkan lagi hubungan normalisasi dengan pihak penjajah zionis Israel.

MBS telah memperuntukkan belanjawan besar sebagai tambahan untuk mengimport ketenteraan lengkap daripada Israel dan sebagai manifestasi ‘niat baik’ mereka terhadap negara penjajah itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan Kan, sebuah saluran TV rasmi Israel, Tel Aviv akan cuba menggesa perjanjian senjata dengan kerajaan Arab Saudi dalam lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden ke negara tersebut pada pertengahan Julai ini.

Israel juga akan meminta pentadbiran AS menjadi orang tengah bagi menyempurnakan perjanjian ketenteraan tersebut sekali gus menawarkan kepada Arab Saudi untuk membeli sejumlah besar sistem persenjataan Israel, termasuklah sistem pertahanan udara mereka.

Dalam pada itu, Israel menunjukkan minat untuk mengeksploitasi tawaran Amerika Syarikat terhadap idea memasang sistem radar di rantau itu bagi menghadapi ancaman peluru berpandu dan dron Iran, seperti yang dilaporkan Wall Street Journal bulan lalu.

Turut dilaporkan bahawa perjanjian tersebut akan memberi impak ‘hebat’ dari sudut ekonomi memandangkan pertentangan antara Israel dan Iran semakin meningkat kebelakangan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: