Antarabangsa

Putera Mahkota Saudi Lancar Piala Dunia E-Sport

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ARAB SAUDI, 24 Oktober 2023 – Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman pada Isnin lalu telah mengumumkan pelancaran Piala Dunia E-Sport yang akan dilangsungkan sebagai acara tahunan di Riyadh.

Acara tersebut akan dimulakan pada musim panas 2024, yang mana ianya dianggap akan menjadi acara yang terbesar di peringkat global dalam bidang ini.

Ianya juga akan menjadi pengkalan dalam menyokong sektor permainan dan E-Sport serta memperkukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hub bagi E-Sport antarabangsa.

Pelancaran bagi kejohanan tersebut dijangkakan untuk menzahirkan sasaran yang diimpikan pada Saudi Arabia’s Gaming and Esports Strategy yang mensasarkan untuk meningkatkan sumbangan sektor tersebut terhadap produk domestik kasar bagi negara itu dengan nilai melebihi $3.3 bilion pada tahun 2030.

Sektor yang sama juga disasarkan untuk membuka sebanyak 39,000 peluang pekerjaan baharu di negara tersebut.

Putera Mahkota itu juga telah membuat pengumuman berkaitan dengan penubuhan yayasan Esports World Cup Foundation yang merupakan sebuah organisasi yang bukan bersifat keuntungan bagi tujuan meningkatkan kerjasama di antara pemegang-pemegang taruh E-Sport.

Menurut sebuah laporan media, kesemua perkembangan tersebut telah diumumkan sewaktu sesi persidangan “The New Global Sports Conference” yang telah berlangsung di ibu negara Arab Saudi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: