Antarabangsa

Putera Mahkota Mohammed bin Salman Dilantik Sebagai Perdana Menteri Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEDDAH, 28 September 2022 – Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) dilantik sebagai Perdana Menteri Arab Saudi, yang secara tradisinya dipegang oleh raja, dalam rombakan kabinet yang diumumkan kelmarin.

Lapor agensi media Saudi, pelantikan tersebut dibuat oleh Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman menerusi titah diraja dengan memberikan pengecualian kepada peruntukan Perkara 56 Undang-Undang Asas Tadbir Urus, dan peruntukan berkaitan yang terkandung dalam Undang-Undang Majlis Menteri.

Selain itu, dalam titah diraja yang lain, Raja Salman menyusun semula Majlis Menteri yang akan diketuai Putera Mahkota MBS.

Titahnya, Putera Khalid bin Salman, adik kepada MBS, yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dilantik sebagai Menteri Pertahanan dan Yousef bin Abdullah Al-Benyan dilantik menjadi menteri pendidikan yang baharu.

Selain itu, Raja Salman turut melantik Talal bin Abdullah Al-Otaibi sebagai pembantu menteri pertahanan. Manakala, kementerian yang lain termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Tenaga masih dikekalkan jawatan mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: