Tempatan

WASPADA! Aplikasi “Pink Whatsapp” Bawa Risiko Keselamatan Serius, MCMC Gesa Tidak Muat Turun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CYBERJAYA, 27 Jun 2023 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memuat turun dan memasang aplikasi “Pink Whatsapp” yang berpotensi membawa risiko keselamatan serius.

MCMC yang berkata dalam satu kenyataan menggesa orang ramai agar berwaspada apabila menerima jemputan untuk menyertai atau memuat turun aplikasi hasad “Pink Whatsapp” kerana kononnya aplikasi tersebut menawarkan ciri keselamatan serta privasi yang lebih baik, antaramuka yang boleh diubah suai, serta keupayaan untuk menghantar fail lebih besar berbanding aplikasi Whatsapp yang biasa digunakan.

Bagaimanapun, katanya, selepas pemasangan, aplikasi hasad tersebut boleh mengakses pelbagai item dalam telefon pintar pengguna seperti gambar, SMS dan senarai kenalan, yang boleh membawa kepada risiko keselamatan yang serius.

BACA JUGA: AMARAN! Penduduk Britain Diancam Lalat ‘Dracula’

BACA JUGA: KDN Mesti Ketatkan Syarat Bahasa Melayu & Tidak Boleh Tergesa-Gesa Pinda Perlembagaan –Setiausaha Agung PEMBELA

BACA JUGA: Klinik Online KKM: Perdim Bimbang Berlaku Kebanjiran Doktor Palsu

“Para pengguna akan menerima mesej dan pautan seolah-olah datang daripada Whatsapp yang mengajak pengguna untuk mencuba aplikasi baharu tersebut,” katanya.

MCMC justeru menyeru pengguna untuk tidak memuat turun dan memasang aplikasi berkenaan malah menggesa pengguna agar membuang aplikasi tersebut sekiranya ia telah dipasang dalam telefon pintar mereka.

Tambahnya, “MCMC megesyorkan pengguna untuk hanya memuat turun aplikasi mudah alih daripada gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery,” memetik kepada kenyataan MCMC.

Dalam masa yang sama, pengguna juga diminta untuk tidak menyebarluaskan sebarang pautan yang mencurigakan.

“MCMC ingin menekankan kepentingan untuk berhati-hati ketika menggunakan aplikasi mudah alih, mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi maklumat peribadi, serta mengelak daripada memuat turun aplikasi hasad.”

Sehubungan itu, MCMC menyarankan pengguna untuk kekal waspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan dengan “Pink Whatsapp” kepada portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my/#/public/main atau talian hotline Aduan di 1800-188-030.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: