Tempatan

Pusat Pentadbiran SAS Dijangka Beroperasi Hujung Tahun Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 07 Julai 2024 – Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) dijangka dapat beroperasi pada Disember ini.

YB. Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, proses pembinaan yang hanya berbaki 25 peratus setakat ini kebanyakannya melibatkan kemasan dalaman.

Beliau memaklumkan sedemikian ketika melawat bangunan pentadbiran di PPSAS bagi sembah maklum tentang progres pembinaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah, YAB Menteri Besar, dan YB. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, “Kita tengok bagi blok pentadbiran ini telah pun mendapat CCC dan kita telah siap untuk berpindah dan insyaAllah saya ingat kalau tak bulan ni, bulan depan kita boleh mula berpindah sedikit demi sedikit.”

“Dan kita yakin penghujung tahun ini atau awal tahun depan semua siap kerana ada 25 peratus lagi tak siap kebanyakannya adalah interior, dari segi struktur keseluruhannya telah siap,” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang dapat diadakan di dewan baharu di PPSAS yang berkonsepkan moden kontemporari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: