Antarabangsa

Palestin Ada ‘Hak Alami & Undang-Undang’ Untuk Jadi Ahli Penuh PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 21 November 2022 – Riyad Mansour, duta Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat kenyataan bahawa pemberian status keahlian penuh bagi Palestin di dalam PBB adalah merupakan satu langkah yang praktikal.

Menurut beliau, langkah tersebut dapat menjaga solusi dua-negara dan membantu merangsang proses perdamaian di antara warga Israel dan warga Palestin.

Mansour telah mencadangkan resolusi bagi mengangkat Palestin yang kini berstatus negara pemerhati bagi organisasi sedunia tersebut kepada pengiktirafan sebagai ahli penuh bagi PBB.

Pada satu sesi temu bual eksklusif, beliau yang kini menjawat jawatan rasmi sebagai Pemerhati Kekal bagi pihak Palestin di PBB mengatakan bahawa inisiatif beliau tersebut adalah berdasarkan “hak alami dan hak undang-undang negara Arab tersebut dalam menjadi ahli penuh di dalam sistem PBB”.

Beliau selain itu turut menyatakan bahawa beliau telah mendapat sokongan yang cukup daripada ahli-ahli majlis keselamatan PBB termasuklah undian dari negara-negara seperti Ireland, Albania serta Norway.

Sokongan negara-negara tersebut adalah bagi memastikan cadangan agar Palestin diberikan status ahli penuh PBB tersebut dapat dijaga.

Pada masa yang sama, Mansour juga menyatakan bahawa walaupun perkara mengenai keahlian penuh Palestin itu bersepakat dengan pentadbiran AS pada masa kini mengenai langkah yang praktikal bagi menggapai penyelesaian dua-negara, namun Washington kelihatan tidak teruja dengan idea keahlian penuh tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: