Antarabangsa

Puluhan Ribu Rakyat Prague Protes Kerajaan, Kesatuan Eropah dan NATO

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PRAGUE, 06 September 2022 – Hampir 70,000 penunjuk perasaan yang terdiri dari penyokong sayap kanan dan kiri melakukan tunjuk perasaan pada Sabtu menuntut peletakan jawatan kerajaan campuran yang diketuai oleh Perdana Menteri konservatif, Petr Fiala.

Menurut laporan, penunjuk perasaan antaranya termasuklah dari parti populis anti-migran, Freedom and Direct Democracy dan Parti Komunis itu mengecam kerajaan pro-Ukraine itu yang menyokong sekatan terhadap Rusia di samping gagal menangani kenaikan harga bekalan elektrik dan gas asli.

Kata penganjur demonstrasi itu lagi, negara Eropah tengah itu harus berkecuali dari segi ketenteraan dan memastikan kontrak terus dengan pembekal gas, termasuk Rusia.

“Matlamat demonstrasi kami adalah untuk menuntut perubahan, terutamanya dalam menyelesaikan isu harga tenaga, terutamanya elektrik dan gas, yang akan memusnahkan ekonomi kita pada musim luruh ini,” kata Jiri Havel, penganjur bersama tunjuk perasaan itu.

Selain itu, mereka juga mengkritik NATO dan Kesatuan Eropah dan rancangan blok 27 negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan mencapai neutraliti iklim.

Republik Czech yang kini kini memegang jawatan presiden bergilir blok itu merancang untuk memanggil mesyuarat tergempar negara-negara EU minggu depan untuk mendapatkan pendekatan bersatu terhadap krisis tenaga.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: