Antarabangsa

Puluhan Kanak-Kanak Mati Akibat Sirap Paracetamol, Gambia Gantung Penjualan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANJUL, 16 September 2022 – Kerajaan Gambia, sebuah negara di Afrika Barat mengarahkan penggantungan penjualan semua jenama sirap paracetamol susulan puluhan kes kematian kanak-kanak di negara itu.

Ketua Perkhidmatan Kesihatan negara Afrika Barat mengatakan bahawa pihaknya telah menjalankan siasatan selepas peningkatan kes kecederaan buah pinggang akut dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun dikesan pada akhir Julai lalu.

Menurut agensi media Turki, kanak-kanak yang disahkan menghidapi kecederaan tersebut mengalami beberapa simptom termasuk demam, ketidakupayaan untuk membuang air kecil dan muntah yang menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Walaupun kerajaan mengesyaki ubat tersebut merupakan punca kematian kanak-kanak di negara itu, Agensi Kawalan Ubat (MCA) berkata maklumat yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk melaksanakan larangan am terhadap sirap paracetamol yang sering digunakan untuk merawat demam pada golongan berkenaan.

Mereka tidak menamakan sebarang jenama tertentu, namun beberapa sampel telah dihantar ke luar negara untuk ujian kawalan kualiti.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menegaskan bahawa sirap paracetamol bukanlah punca kepada kes kecederaan buah pinggang akut, tetapi ia datang secara berjangkit seperti air tercemar. Walau bagaimanapun, WHO menekankan terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: