Antarabangsa

Puluhan Aktivis Gesa Gencatan Senjata Di Dewan Senat AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 13 Disember 2023 – Puluhan aktivis yang menyeru supaya Amerika Syarikat (AS) memberi tekanan terhadap gencatan senjata kekal di antara Israel dan Hamas telah melakukan tunjuk perasaan di bangunan pejabat Senat AS pada Isnin lalu.

Para aktivis itu yang terdiri daripada beberapa kumpulan iaitu US Campaign for Palestinian Rights dan Jewish Voice for Peace juga telah menyeru agar pentadbiran AS menyalurkan dana perbendaharaan negara kepada perkara-perkara domestik yang berkepentingan seperti perumahan mampu bilik dan penjagaan kanak-kanak.

Salah seorang aktivis telah ditahan apabila beliau telah bertindak memanjat sebuah arca berwarna hitam. Manakala mereka yang lain telah melaungkan “gencatan senjata sekarang” dan memakai pakaian yang tertulis “laburkan kepada kehidupan” serta bergandingan berpegangan tangan.

Pihak polis tempatan telah membuat kenyataan bahawa mereka telah menahan sejumlah 51 orang atas sebab tunjuk perasaan terbabit.

Menurut Sandra Tamari, pengarah eksekutif Adalah Justice Project yang merupakan salah satu organisasi yang terlibat dalam tunjuk perasaan tersebut, Senat mesti mengambil serius tentang tuntutan mereka dalam menghentikan pendanaan terhadap ketenteraan dan sebaliknya, membuat pelaburan terhadap kehidupan. Ujarnya juga,

“Memberi dana bagi tujuan menyebabkan lebih banyak kematian dan kemusnahan nyawa, membuatkan semua orang rasa tidak selamat, dan menyemarakkan api kebencian serta perang yang berterusan”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: