Tempatan

4 hari di Shah Alam, Banting, Hulu Langat, Tak Nampak Tentera Pun – Harith Iskander

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SHAH ALAM, 24 Disember 2021 – Pelawak terkemuka, Harith Iskander mendakwa tidak terlihat seorang pun dari angkatan tentera sepanjang 4 hari beliau berada di tempat yang terjejas akibat bencana banjir di Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Dalam luahan perasaannya itu, beliau juga mempersoalkan sama ada pihak angkatan tentera cuma akan turun padang apabila bencana di peringkat nasional ini diisytiharkan sebagai darurat.

Menurutnya lagi, kenderaan amfibia yang dimiliki tentera adalah sangat berguna jika digunakan bagi menyelamatkan nyawa mereka yang diancam bahaya banjir di Taman Sri Muda.

Selebriti tersebut meluahkan perasaannya itu dalam sebuah tulisan di laman Twitter beliau semalam.

Dakwaan beliau itu dipertikaikan oleh ramai netizen yang menyaksikan sendiri penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi menyelamatkan mangsa banjir terutamanya di lokasi-lokasi yang telah disebutkan itu.

Ada seorang warga Twitter menempelak Harith Iskander yang dikatakan pada 22 Disember telah meletakkan barangan bantuan termasuk lampin bayi tidak sampai 10 bungkus di sebelah khemah Briged Ke-11 Infantri Malaysia yang telah berada di sana sejak 18 haribulan Disember lagi.

Mohd Shamyl yang berada di Taman Sri Muda, Shah Alam pada hari Ahad dan Isnin meletakkan bukti video penglibatan ATM dalam misi menyelamat dan memindahkan mangsa di kawasan tersebut.

Daniel Aziz meletakkan bukti kedatangan ATM di Hulu Langat pada 19 hari bulan Disember pada pukul 2.05 pm.

Mohd Salihin meletakkan gambar bukti pihak ATM menyelamatkan mangsa-mangsa banjir pada hari pertama banjir.

Seorang sukarelawan banjir juga bangkit mempertahankan pihak ATM dengan melampirkan gambar misi ATM menyelamat mangsa banjir di Mentakab, Pahang.

“Ini adalah ATM dengan bot-botnya di Mentakab. Mereka sedang membantu mangsa banjir yang tengah terperangkap di Taman Mentakab Indah. Come on bro, jangan merendahkan ATM. Kami ada di lokasi ini, bukan di telefon. Malulah kamu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: