Tempatan

‘Pulau Pinang Milik Kedah’, MB Kedah Disiasat Bukit Aman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 JUN 2023 – Pihak polis akan membuat siasatan terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pada hari ini berkenaan dengan kenyataan Sanusi yang mengatakan bahawa Pulau Pinang adalah masih milik Kedah.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Setiausaha Polis Noorsiah Saaduddin di mana beliau turut menyatakan bahawa pihak polis telah memulakan kertas penyiasatan berhubung kes tersebut.

BACA JUGA: Tragedi Batang Kali: Laporan Siap Hujung Bulan Ini

BACA JUGA: 225 Tahun Ditutup, Mesir Buka Kembali Masjid Bersejarah Abad Ke-13

BACA JUGA: Cuaca Kering, Jerebu Melanda Malaysia Hingga September

Menurut Noorsiah lagi, kes yang melibatkan kenyataan Sanusi itu kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, seseorang itu boleh dihukum sehingga dua tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya.

Manakala bagi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, Sanusi telah membuat kenyataan bahawa Pulau Pinang adalah milik Negeri Kedah dan bukanlah sebuah entiti berbeza.

Menurutnya, kenyataannya itu adalah berdasarkan fakta akademik dan beliau turut menuntut pindaan bagi Perlembagaan Persekutuan bagi memperbetulkan apa yang beliau sifatkan sebagai sebuah “penyelewengan sejarah”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: