Tempatan

Pulau Marambong Bakal Diusul Sebagai Pangkalan Maritim Malaysia – ADUN Johor

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ISKANDAR PUTERI, 22 Ogos 2023 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad akan membawa usul khas dalam sidang DUN pada bulan depan agar Pulau Marambong dijadikan pangkalan tetap Maritim Malaysia.

Menurut beliau, usul sedemikian penting supaya penguatkuasaan dan pemantauan penuh sempadan perairan negara boleh dilakukan dari diceroboh dan diprovokasi oleh pihak luar.

Selain itu, kata beliau inisiatif itu juga bukan sahaja dapat menjamin kedaulatan negara tetapi ia juga untuk mengelakkan insiden provokasi pihak berkuasa negara jiran dengan nelayan tempatan yang kerap berlaku agar tidak berulang.

“Insiden nelayan dihalau Isnin lalu berlaku di perairan negara ini, malah ia sudah disahkan Maritim Malaysia kepada saya, maka saya terkejut dengan penafian dibuat pihak berkuasa negara jiran semalam.”

BACA JUGA: Penggunaan Setem Hasil Tamat 1 Januari 2024 – LHDN

BACA JUGA: Rakyat Malaysia Diseru Fokus Isu Keselamatan Al-Quds – Duta Palestin Ke Malaysia

BACA JUGA: Wabak Pertussis: Situasi Terkawal, JKN Pahang Terus Pantau

Kata beliau, dirinya tidak akan memihak kepada nelayan tempatan sekiranya terbukti mereka menceroboh perairan negara jiran. Namun, dengan bukti yang ada serta pengesahan dari pihak penguatkuasaan negara, beliau menegaskan bahawa hak serta rakyat negara ini harus dipertahankan.

“Oleh itu, pada sidang DUN Johor bulan depan, saya akan membawa usul khas supaya Pulau Marambong, di Selat Tebrau dijadikan pangkalan tetap Maritim Malaysia menjaga sempadan perairan dan kedaulatan negara.”

Menjelaskan dengan lebih lanjut, katanya usul khas itu termasuklah perlunya Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk melakukan pemetaan semula persempadanan perairan Singapura-Malaysia membabitkan perairan Johor khususnya Selat Tebrau supaya kedaulatan negara tidak diperkotak-katik dengan rakyat terutamanya nelayan menjadi mangsa.

Terdahulu, empat nelayan Kampung Pendas, Iskandar Puteri dilaporkan mendakwa pihak berkuasa Singapura telah melanggar dan merosakkan jaring mereka ketika sedang memasang jaring udang di kawasan perairan Selat Tebrau.

Bagaimanapun, Pasukan Polis Singapura (SPF) dilaporkan menafikan dakwaan tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: