Tempatan

‘Pulau’ Lucah & Berlebihan, Bekas Menteri Pelik Kerajaan Senyap

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 18 Januari 2023 – Bekas Timbalan Menteri Agama, Datuk Ahmad Marzuk Shaary memetik pemimpin Kerajaan yang senyap berhubung isu filem berjudul Pulau yang didakwa lucah dan berlebihan.

“Filem Pulau yang akan ditayangkan pada 9 Mac 2023 mengandungi babak lucah dan berlebihan. Tidak ada menteri yang bersuara pun?” tulis beliau dalam sebuah hantaran di Facebook rasminya.

BACA JUGA: GEMPAR!! Masjid Diroboh Untuk Besarkan Jalan

BACA JUGA: Malaysia-Indonesia Perlu Bekerjasama Kuasai Industri Halal Global – Duta Indonesia

BACA JUGA: Ops Gerak: 3 Kenderaan Diesel Ditahan Gagal Mematuhi Piawaian

Beberapa hari ini, filem berkenaan mendapat banyak kritikan daripada warga maya yang rata-ratanya menyuarakan rasa tidak senang mereka terhadap filem berkenaan yang memaparkan babak wanita berbikini.

Berikutan isu berkenaan, Presiden Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid menggesa Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk menyemak semula lulus tayang filem tersebut.

Beliau yang memberi ulasan berdasarkan trailer filem itu berkata, filem tersebut mengandungi banyak adegan yang tidak senonoh serta ia tidak sesuai untuk tontonan awam.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataannya berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab ke atas kelulusan tayangan filem tersebut.

Namun, pihaknya boleh membatalkan lesen sekiranya pemegang lesen disabitkan kesalahan berkaitan kecurangan, penipuan atau keburukan akhlak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: