Tempatan

Pulau Batu Puteh: Draf Laporan Akhir Masih Dalam Proses – Wan Junaidi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2022 – Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memaklumkan dalam jawapan di Parlimen bahawa deraf laporan akhir bagi isu Pulau Batu Puteh masih dalam proses dan dijangkakan akan dibentangkan pada penghujung Ogos ini.

“Pada ketika ini, Pasukan Petugas Khas (PPK) sedang dalam proses menyiapkan deraf laporan akhir dengan mengambil kira input pelbagai pihak berkepentingan serta pandangan pakar-pakar perundangan,” jelasnya.

“Kerajaan pada 18 Mei 2022 juga telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh PPK mulai 10 Mei 2022 hingga 30 Ogos 2022 bagi memastikan pasukan ini diberikan tempoh mencukupi untuk melengkapkan tugasan yang diamanahkan,” tambahnya lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa antara individu yang turut menyumbang tenaga dalam usaha ini antaranya adalah: pakar-pakar perundangan antarabangsa; pakar-pakar persempadanan; dan pakar maritim & undang-undang antarabangsa.

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar bin Haji Nasrah telah bertanyakan tentang penemuan dan perkembangan terkini berkaitan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: