Tempatan

Kepala Air Langgar Kampung, Jam 2 Pagi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERANTUT, 06 Julai 2023 – Sebanyak 11 rumah di Kampung Sempadan, Mukim Ulu Cheka dikejutkan dengan kejadian kepala air di Sungai Sepan yang menyebabkan kediaman mereka ditenggelami air sedalam satu setengah meter seawal 2 pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sempadan, Samsuri Salamin berkata, kejadian berlaku susulan hujan lebat yang bermula pukul 9 malam sehingga ke pukul 12.30 tengah malam.

BACA JUGA: Nelayan Haram Vietnam Mengganas, Tetak Pegawai APMM

BACA JUGA: 44% Pengundi Berdaftar PRN Berumur Antara 21-39 – Suruhanjaya Pilihan Raya

BACA JUGA: Tiada Keputusan Naikkan Tarif Air Selangor – MB

“Penduduk memang tidak menjangka berlaku banjir kali ini kerana kejadian ini di luar musim tengkujuh,” katanya.

Kejadian itu berlaku dengan pantas dan air sungai melimpah masuk ke kawasan kampung sehingga penduduk tidak dapat menyelamatkan harta benda.

“Kejadian ini dipercayai berpunca daripada kepala air Sungai Sepan terletak kira-kira 80 meter dari kediaman penduduk apabila air dari anak Sungai Relai dan anak Sungai Cheka bertembung dan masuk ke sungai tersebut.”

“Saya dan ahli JPKK terus bertindak menyelamatkan mangsa yang masih terkandas di rumah untuk dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) balai raya kampung ini ketika awal kejadian sebelum anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Jerantut datang membantu,” tambahnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: