Pulangkan Kedah Kepada Siam — Datuk Zaid Ibrahim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
RABU, 05 Januari 2022 – Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim berkata bahawa negeri Kedah sepatutnya dipulangkan kepada Siam.
Beliau menyuarakan pendapat sedemikian di laman media sosial Twitternya, di sebuah hantaran yang beliau kongsikan sebuah artikel Malaysiakini yang berjudul, “HISTORY | Should Penang be returned to Kedah?”.
No; Kedah should be returned to Siam https://t.co/ZRZ4I3YKgH
— Zaid Ibrahim (@zaidibrahim) January 2, 2022
Pandangan beliau itu mendapat sokongan daripada beberapa pengguna Twitter lainnya.
David Wong berkata, “Ya…itu adalah fakta bersejarah!”
Yes…that’s a historical fact! They should! 🤷🤦
— David Wong (@davidwong27) January 2, 2022
Mikechng8 pula berkata,” Tidak tidak tidak. Pulangkan semua pada Orang Asli… kemudian kita tak ada status Bumiputra… tiada status Ketuanan.”
.nonono. Everything return to Orang Asli…then we’ll have no Bumiputra status..no Ketuanan status. 😂 👍
— mikechng8 (@mikechng8) January 2, 2022
Seorang lagi pengguna Twitter mendesak seluruh tanah Malaysia dipulangkan kepada semua suku kaum Orang Asli, yang disifatkan beliau sebagai ‘bumiputera yang sebenar’.
“Msia sepatutnya dipulangkan kepada bumiputera yang sebenar. Jakun, Temian, MahMeri, Dayak, etc.”
Msia shld be returned to the real son of the soil. Jakun, Temian, MahMeri, Dayak, etc
— Sand (@sandman144) January 2, 2022