Antarabangsa

Rejim Israel Kerah Ribuan Polis Kawal Masjidil Aqsa Jumaat Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMAQDIS, 13 Mac 2024 – Rejim haram Israel akan mengerahkan ribuan polis di Masjidil Aqsa untuk mengawal kawasan itu ketika solat Jumaat pertama bulan Ramadan tahun ini.

Jurucakap pasukan polis rejim Israel, Ben Mayor berkata, “Kami bersedia untuk solat Jumaat dengan lebih ramai pegawai polis. Ribuan daripada mereka akan berada di kawasan Temple Mount.”

Ben Mayor juga kononnya mendakwa pasukan rejim akan melakukan segala-galanya untuk membolehkan Ramadan berjalan dengan tenang.

Bagaimanapun, sejak Ramadan bermula Isnin lalu, beratus-ratus pegawai Israel telahpun ditempatkan di Kota Lama Baitulmaqdis Timur.

Rakyat Palestin yang datang ke Al-Aqsa dari Tebing Barat yang diduduki juga dijangka menghadapi beberapa sekatan, sementara hanya lelaki dan wanita lebih 50 tahun sahaja dibenarkan memasuki pekarangan masjid ‘atas faktor keselamatan’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: