Tempatan

Puasa Sunat Arafah Rakyat Malaysia Sabtu Depan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Julai 2022 – Puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Sabtu 9 Julai bersamaan 9 Zulhijjah 1443 Hijrah, maklum Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan menurut Berita Harian.

Menjelaskan kekeliruan sebilangan umat Islam di Malaysia mengenai tarikh puasa sunat Arafah sama ada perlu mengikut kalendar setempat atau kalendar Arab Saudi, beliau berkata, masyarakat tidak perlu berpuasa mengikut kalendar Arab Saudi yang menetapkan 9 Zulhijjah pada hari Jumaat, berbeza dengan Malaysia.

“Memandangkan kita raya (Aidiladha) pada Ahad, 10 Julai sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, maka digalakkan puasa sunat Tarwiyyah (hari kelapan Zulhijjah) pada Jumaat dan puasa sunat Arafah pada Sabtu.”

Tambahnya, negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari seperti Malaysia dan lain-lain, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

“Negara kita yang terletak kira-kira 7,000 kilometer dari Arab Saudi mempunyai ‘matla’ (zon terbit matahari dan bulan) yang berbeza dan mempunyai kaedah falak yang jelas serta diperakui oleh ulama falak dalam menentukan tarikh penting dalam Islam.”

Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman baru-baru ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha 2022 pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat (hari ini).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: