Puasa 2 Hari Seminggu Berkesan Turunkan Obesiti
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
LONDON, 24 November 2021 – Semakan semula kajian-kajian lalu ke atas binatang dan manusia yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mencadangkan, puasa berselang-seli boleh mengurangkan tekanan darah, membantu dalam penurunan berat badan, dan meningkatkan umur.
Ini kerana dalam penukaran metabolik, sel-sel menggunakan simpanan bahan api mereka dan menukar lemak kepada tenaga “membalikkan suis” daripada menyimpan lemak kepada penjimatan lemak.
Para penyelidik mendapati bahawa pendekatan 5:2, yang melibatkan dua hari mengehadkan pengambilan sejumlah besar kalori kepada 500 kalori untuk wanita, 600 kalori untuk lelaki dan lima hari makan secara sederhana, dinilai lebih tinggi oleh orang obes dalam kajian kerana ia adalah mudah diikuti.
“Dalam pendekatan ini, kami telah berupaya untuk menyediakan keputusan-keputusan awal atas keberkesanan saranan diet 5:2 yang mudah dalam persekitaran kehidupan sebenar,” kata Katie Myers Smith, seorang ahli psikologi kesihatan yang bertauliah dan Felo Penyelidik Kanan di Queen Mary University of London dalam satu kenyataan berita.
“Kami mendapati walaupun diet 5:2 ini tidak mengungguli pendekatan tradisional daripada segi penurunan berat badan, namun, pengguna memilih pendekatan ini kerana ia lebih mudah dan lebih menarik,” tambah penulis kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik PLOS One ini.
Kira-kira 18% daripada pengamal diet 5:2 telah kehilangan sekurang-kurangnya 5% berat badan mereka selepas setahun berbanding 15% menggunakan pendekatan konvensional.
Sesetengah pakar berpendapat bahawa berselang-seli berpuasa dan makan boleh meningkatkan kesihatan selular dengan mencetuskan penukaran metabolik.
Namun, kaedah ini tidak sesuai bagi semua orang, terutamanya wanita hamil dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti diabetes atau gangguan makan.
Agama Islam pula menyarankan agar umatnya mengamalkan puasa sunat 2 hari seminggu bagi tujuan mendapat pahala dan juga menjaga kesihatan tubuh badan seperti meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia.