Antarabangsa

Puak Sayoni Gesa Kerajaan Singapura Iktiraf LGBT Lebih Jauh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SINGAPURA, 25 Ogos 2022 – Sayoni, sebuah organisasi hak asasi pelik (queer) yang berpangkalan di Singapura baru-baru ini menggesa kerajaan Singapura untuk mengiktiraf komuniti lesbian, gay, biseksual, transeksual, intersex dan queer (LGBTIQ) dengan lebih jauh dan sama rata dengan masyarakat.

Pengasas bersama Sayoni, Jean Chong berkata,“Dengan menjenayahkan perbuatan tidak senonoh dalam kalangan lelaki, Seksyen 377A mengisyaratkan bahawa gay dan lelaki biseksual serta mereka yang dilabelkan sebagai minoriti dalam komuniti LGBTIQ adalah masyarakat yang tidak sama rata.”

Katanya, perundangan itu mewujudkan konteks sosial di mana ia menjadikan diskriminasi perundangan dan pentadbiran berdasarkan seksualiti dan jantina sah di sisi undang-undang.

Chong bahkan menyokong pemansuhan Seksyen 377A itu kerana katanya ia menjadi satu langkah kehadapan ke arah kesamarataan. Menurutnya, diskriminasi yang berlaku memberi kesan kepada golongan LGBTIQ yang telah pun dipandang rendah dari pelbagai sudut disebabkan oleh bangsa, orientasi seksual, identiti jantina, ekspresi serta ciri jantina mereka.

Tambahnya lagi, mereka turut berkeinginan untuk mengiktiraf kerja dari semua organisasi dan individu dari LGBTIQ sewaktu dahulu hingga sekarang yang telah bekerja tanpa penat dan lelah dalam menyokong pemansuhan Seksyen 377A itu.

“377A telah menyebabkan kesakitan dan penderitaan buat golongan LGBTIQ. Kami memuji kerajaan Singapura yang mengambil langkah penting ini untuk menangani kesan undang-undang yang tidak adil ini, di mana ia termasuk keganasan terhadap golongan LGBTIQ serta diskriminasi yang menyebabkan mereka berhadapan dengan ketidaktentuan masa hadapan mereka di Singapura,” katanya di Facebook rasmi Sayoni.

Bukan itu sahaja, Chong bagaimanapun menyatakan kekecewaannya mengenai cadangan perubahan kepada perlembagaan mengenai perlindungan perkahwinan heteroseksual oleh Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong.

“Ini akan terus menyebabkan golongan LGBTIQ mengalami ketidaksamarataan dalam masyarakat. Perlindungan diskriminasi sedemikian akan terus menggugat maruah asas individu LGBTIQ bahawa golongan mereka tidak dihargai and hak mereka bergantung kepada manfaat dan kesediaan daripada majority.”

“Kami menyeru kerajaan untuk menunaikan janji kesamarataan dan tanpa diskriminasi terhadap semua orang termasuk mereka yang mempunyai pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, ekspresi dan ciri-ciri seks. Kami berharap untuk bekerjasama dengan Kerajaan ke arah matlamat dalam mempromosikan masyarakat sekular dan demokratik yang mengutamakan kesucian dan kesaksamaan semua kehidupan manusia,” katanya.

Hubungan homoseksual (sesama jenis) adalah merupakan hubungan yang amat keji dan disifatkan oleh Allah S.W.T. sebagai melampaui batas: “Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.” (al-A’raf: 80-81)

Selain hubungan sesama jenis, termasuk diharamkan dalam Islam adalah transgender iaitu perbuatan lelaki yang berperilaku wanita atau sebaliknya. Lebih bahaya lagi apabila ada hasrat merubah jantina seperti bedah alat kelamin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: